Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) mula diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Anugerah ini merupakan usaha Kerajaan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam amalan pengurusan, kualiti produk dan perkhidmatan, serta sentiasa memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pemegang taruh. Tahun demi tahun, anugerah ini telah melalui pelbagai penstrukturan semula untuk penambahbaikan. Kini, AKI dianjurkan setiap dua tahun dengan kategori dan faedah yang telah diperkemas serta ditambah baik bagi memenuhi keperluan semasa.
Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) bertujuan untuk mempromosikan kecemerlangan dan menggalakkan persaingan yang sihat dan positif dalam industri. AKI mempamerkan pencapaian perniagaan cemerlang dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan dengan objektif utama untuk:
ANUGERAH PERDANA MENTERI
Pemenang Anugerah Perdana Menteri akan dipilih dalam kalangan pemenang Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan, Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan, dan Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka.
Terma & Syarat
Laporan hendaklah terdiri daripada:
1. Sejarah syarikat (bila bermula dan pencapaian serta peristiwa penting). | 8. Pelanggan, pihak berkepentingan, dan pasaran sasaran. |
2. Visi, misi, nilai, dan kekuatan. | 9. Analisis dan kedudukan pasaran. |
3. Produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan. | 10. Persaingan dan trend. |
4. Struktur dan sistem tadbir urus. | 11. Pembekal dan rakan kongsi. |
5. Keperluan undang-undang dan Peraturan. | 12. Kelebihan daya saing (apa yang membezakan organisasi di pasaran untuk berjaya) |
6. Profil tenaga kerja. | 13. Cabaran yang dihadapi. |
7. Mesin, peralatan dan teknologi yang digunakan. | 14. Sistem untuk meningkatkan prestasi termasuk sistem untuk meningkatkan proses. |
The Business Excellence Framework (BEF) adalah pelan komprehensif yang diiktiraf secara global untuk memastikan produktiviti, kualiti,
dan kelestarian bagi mana-mana organisasi. BEF membantu sesebuah organisasi menilai prestasi mereka dan mengenal pasti peluang penambahbaikan.
Rangka kerja ini merangkumi kriteria kepimpinan, strategi, maklumat, pelanggan, tenaga kerja, proses, dan hasil sebagai elemen penting untuk mengekalkan
prestasi organisasi.
Lebih daripada 83 negara telah mengguna pakai BEF dan digunakan oleh 96 pentadbir anugerah di seluruh dunia untuk mempromosikan kecemerlangan organisasi.
Antaranya ialah anugerah kebangsaan di Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Australia, New Zealand, negara-negara Eropah, dan negara-negara Amerika Latin.
Di Malaysia, Malaysia Business Excellence Framework (MBEF), yang dibangunkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) digunakan dalam
penilaian organisasi yang menyertai AKI.
Ya. Semua peserta dan pemenang anugerah sebelum ini dijemput untuk menyertai kitaran AKI semasa, kecuali pemenang Anugerah Perdana Menteri sebelum ini, yang mesti mematuhi tempoh bertenang selama dua tahun dari tarikh majlis penyampaian anugerah sebelum menyertai kitaran AKI seterusnya.
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
MITI akan menganjurkan sesi libat urus di pejabat-pejabat MITI Negeri dan Menara MITI sepanjang tempoh permohonan. Sila rujuk garis masa AKI di portal aki.miti.gov.my bagi mendapatkan jadual libat urus. Anda juga boleh menghubungi Sekretariat AKI melalui emel [email protected] sekiranya memerlukan bantuan lanjut.
Keputusan akan diumumkan pada kemuncak Majlis Makan Malam Anugerah AKI yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Kehadiran adalah melalui jemputan sahaja.
Untuk mendapatkan jawapan segera tentang pendaftaran, sila hubungi Sekretariat AKI di:
Copyright © 2024 AKI Online - All rights reserved